Make your own free website on Tripod.com

Unit Pemprosesan Pusat
Home Unit Pemprosesan Pusat Papan Induk Memori Pemacu Cakera Liut Cakera Keras Pemacu CD-ROM Kad Paparan Kad Bunyi Kekotak Monitor Kekunci Maklum Balas

Mengenali komponen dan perkakasan komputer peribadi yang terdapat di pasaran

ag00154_.gif (5315 bytes)

Jika terdapat sebarang kemuskilan, hubungilah

Webmaster

dari Melaka

"Bersedia Berkongsi Pengetahuan"

Masa kemaskini terakhir

malaysiaflag_anim.gif (9455 bytes)

14/03/2000 16:41:25

Anda adalah pengunjung yang ke-

Hit Counter

Laman web ini direkacipta dengan

frontpag.gif (9866 bytes)

2.1 PENERANGAN

2.1.1  Unit Pemprosesan Pusat (CPU)                                                      

image001.gif (7787 bytes)

image003.gif (7588 bytes)

pentium celeron.bmp (14418 bytes)

Pentium III

Pentium II

Pentium Celeron

image004.gif (6895 bytes)

image005.gif (6876 bytes)

AMD K6-II

Cyrix M II

Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sering diibaratkan sebagai Otak komputer, kerana kebanyankan proses pengiraan akan berpusat di situ yang melibatkan berjuta-juta transistor mikro. Peranan CPU adalah sangat penting untuk memastikan sebuah PC dapat berfungsi. Membeli sebuah CPU biasanya agak sukar kerana terdapat pelbagai pilihan seperti Intel, AMD, Cyrix dan IDT.

 

CPU merupakan bahagian yang paling penting di dalam komputer. Ia bertugas untuk menukar data mentah kepada bentuk yang berguna dan mengawal bahagian-bahagian laindi dalam sistem komputer. Dari segi teknikal, CPU ialah satu CIP mikro pemprosesan yang diperbuat daripada silikon dan beberapa wayar kecil yang membentuk satu litar yang rumit . Litar inin dibina dan siaturcarakan supaya ia boleh menterjemahkan isyarat elektrik dan menjalankan komputer.

 

Intel telah mengeluarkan siri CPU yang terdiri daripada Pentium III, Pentium II and Pentium Celetron. Intel telah berhasrat untuk mempopularkan Teklonogi Pentium kepada semua segmen pasaran. Intel telah memperkenalkan Pentium III untuk pasaran peringkat tinggi (Pelayan dan Sistem kerja) dan Celeron untuk pasaran PC asas.

 

Pentium III dikeluarkan mengikut teknologi pemprosesan 0.18 mikron yang membolehkan Intel menjadi peneraju dalam cip pemproses dengan kelajuan 667, 660, 600, 500 dan 460 MHZ. Pemproses ini memperlihatkan prestasinya melalui Cache 512 Level 2 (L2) miliknya yang lebih besar dan pantas, keupayaan pemprosesan berbilang dan sebuah sistem bas berkelajuan 133 MHZ atau 100 MHZ.

 

Samada AMD atau Cyrix, kedua-duanya masih berada dibelakang Intel dalam industri pembuatan CPU dengan menawarkan pemproses mantap yang berkos rendah. AMD telah memperkenalkan Cip pemproses, AMD-K6-2 yang dilengkapi dengan teknologi, 3D Now! Teknologi 3D Now! merupakan inovasi rekabentuk pemproses X86 yang berfungsi meningkatkan persembahan grafik 3D dan Multimedia. Cyrix telah melancarkan MII-233 dan mendakwa keupayaannya seimbang dengan Pentium II/300.

 

MHZ (megahertz) atau kitaran kelajuan ialah unit kawalan yang menentukan pukulan kepada cip. Pukulan ini ditentukan oleh jam dalaman dan diukur dalam megahertz (MHZ) atau jutaan kitaran sesaat.